Fungsi

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bertanggungjawab membantu Naib Canselor dalam perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan penyelidikan, pembangunan infrastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan harta benda Universiti

FUNGSI UTAMA
  1. Merancang, membangun dan mempergiatkan program penyelidikan untuk keperluan universiti dan kesejahteraan sejagat.
  2. Merancang, meningkat dan mempergiatkan program perundingan dengan agensi Kerajaan dan Swasta.
  3. Mempertingkatkan hubungan kerjasama dan pusat kecemerlangan dengan universiti luar negara, agensi kerajaan dan pihak industri bagi meningkatan hasil penyelidikan.
  4. Mengatur perancangan dan persediaan yang rapi untuk memperolehi geran penyelidikan dalam dan luar negara.
  5. Membangun pakej-pakej latihan yang boleh dipasarkan kepada pihak swasta.
  6. Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan seperti mengadakan bengkel, program latihan dan kursus jangka pendek dan jangka panjang dengan tujuan untuk meningkatkan jumlah penyelidikan universiti.
  7. Merancang latihan-latihan yang diperlukan untuk pembangunan penyelidikan di kalangan kakitangan akademik.
  8. Merancang dan mengenal pasti hasil-hasil penyelidikan yang boleh dikomersilkan.
  9. Menguruskan penyebaran maklumat berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan universiti.
  10. Menilai keberkesanan program penyelidikan dan pengkomersilan dari semasa ke semasa
  11. Merancang dan melaksanakan pembangunan fizikal dan penyelenggaraan harta benda Universiti.
  12. Mengagih peruntukan-peruntukan peralatan

Print Email