LAWATAN PENANDA ARAS QS RANKING DI UCSI UNIVERSITI, KUALA LUMPUR

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi ) telah menganjurkan sesi lawatan penanda aras QS ranking di UCSI Universiti, Kuala Lumpur. Delegasi dari UniSZA telah diketuai oleh Prof TS. Dr. Shukor bin Abd Razak,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Prof. Dr. Wan Norhayate binti Wan Daud Penolong Naib Canselor (Strategik & Penarafan), Pengarah CREIM serta timbalannya dan Pengarah SPAQM serta timbalannya telah mengadakan sesi lawatan tersebut pada 28 Julai 2022. Menyambut baik kunjungan pihak UniSZA, pihak UCSI yang diketuai oleh Prof. Dr. Phang Siew Moi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Siswazah) bersama 9 orang ketua pentadbiran UCSI telah sudi berkongsi pengalaman dan strategi dalam mencapai target QS World Ranking.UCSI kini berada pada ranking ke 284 dalam QS World Ranking. Lawatan ini membantu UniSZA dalam memperkasa strategi dan langkah-langkah yang sepatutnya dalam memastikan universiti juga tersenarai di dalam QS World Ranking.

WhatsApp Image 2022 10 11 at 2.58.15 PM

 

 

 

 

WhatsApp Image 2022 10 11 at 2.58.16 PM 1

WhatsApp Image 2022 10 11 at 2.58.16 PM 2