Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Sultan Zainal Abidin40 Tahun UniSZA utama

Pertanyaan?

09-668 8489

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

BENGKEL PEMURNIAN PENSTRUKTURAN PENYELIDIKAN UniSZA

Bengkel Pemurnian Penstrukturan Penyelidikan UniSZA telah diadakan pada 6 hingga 7 September 2022 bertempat di Dewan CENTTM 1. Bengkel selama dua (2) hari bermatlamat untuk menstrukturkan semula kluster dan CoE penyelidikan seperti Research Group, Special Interest Group serta Center of Excellent selain meneliti semula penubuhan dan syarat-syarat untuk pendaftaran entiti penyelidikan tersebut. Bengkel yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof TS. Dr. Shukor bin Abd Razak serta dihadiri oleh Pusat Tanggungjawab (PTj) penyelidikan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) serta Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pebangunan) fakulti telah memberi impak positif dalam pengurusan penyelidikan di UniSZA. Hasil bengkel tersebut dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti bagi diterima pakai secara rasmi di UniSZA. Dengan penstrukturan tersebut di jangka akan mendorong lebih ramai pensyarah untuk terlibat dalam penyelidikan dan menyumbang merit kepada universiti.

 rsz dsc 5764 min 2 2000  rsz dsc 5798 min 1

LAWATAN PENANDA ARAS PENYELIDIKAN DARI UiTM SHAH ALAM

Pada 30 Ogos 2022 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi ) telah menerima lawatan penanda aras penyelidikan daripada UiTM Shah Alam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 5 Canselori UniSZA Kampus Gong Badak. Lawatan selama setengah hari tersebut melibatkan kehadiran 11 orang delegasi dari UiTM yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman serta Prof Dr Mohamad Hariri Abdullah -  Timbalan Naib Canselor ICAN serta staf bagi kedua-dua jabatan. Selain itu, wakil UiTM cawangan Dungun turut bersama-sama dalam lawatan tersebut.

Meraikan delegasi UiTM, Prof TS. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)  bersama Pusat Tanggungjawab di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah membuat sesi pembentangan berkaitan penyelidikan di UniSZA. Sesi perkongsian pembentangan diantara kedua-dua pihak telah membuka ruang dan peluang untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim kepada kedua-dua buah universiti.

Mengakhiri sesi lawatan tersebut, delegasi UiTM telah dibawa ke Hospital Pengajar UniSZA untuk melihat pembangunan hospital universiti.

DSC 5703 min

DSC 5707 min

BENGKEL PENDIGITALAN UNIVERSITI (STRATEGIK PLANNING)

Pada 14 Ogos 2022 bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pengarah Kampus Besut telah diadakan Bengkel Pendigitalan Universiti anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi). Bengkel tersebut melibatkan empat (4) buah Pusat Tanggungjawab (PTj) yang bertanggungjawab dalam membantu universiti dalam program pendigitalan universiti. Antara PTj terlibat adalah Pejabat Pengarah Kampus Besut, Perpustakaan UniSZA, Fakulti Informatik dan Komputeran dan Pusat Pengurusan Harta Benda. Tiga (3) fokus utama yang ditekankan dalam bengkel tersebut adalah pendigitalan berkaitan staf, pelajar dan fasiliti UniSZA. Hasil daripada pembentangan yang telah diketuai oleh Prof TS. Dr. Shukor bin Abd Razak,Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah dibawa untuk diteliti semula didalam Bengkel Pelan Strategik UniSZA. Dari aspek penyampaian perkhidmatan, pendigitalan universiti menjurus kepada perkhidmatan dalam talian (online) melalui inisiatif kampus pintar (smart campus). Pelaksanaan usaha ini seiring dengan pendigitalan semasa yang memfokuskan perkhidmatan dan penyampaian efisien. 

DSC 0424 1 min 3 1000

BENGKEL PENARAFAN QS DAN PRESTASI MYRA 2022

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah mengadakan Bengkel Penarafan QS dan Prestasi MyRA 2022 pada 4-6 Ogos 2022 (Khamis - Sabtu) bertempat di E-Red Hotel, Kuantan, Pahang. Program tersebut telah dihadiri oleh Bendahari, Penolong Naib Canselor (Penarafan & Strategik), Ketua Nic, Pengarah serta Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan, SPAQM, Penerbit UniSZA,CLMC, staf Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) fakulti. Program ini telah berjaya merangka strategi bagi memastikan penarafan QS dan prestasi MyRA meningkat setiap tahun. Strategi bagi meningkatkan Penarafan MyRA setiap tahun adalah penting bagi menilai sejauh mana keupayaan UniSZA dalam pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi. Bagi memastikan agenda kecemerlangan berterusan di UniSZA, strategi tersebut dirangka seiring dengan Pelan Strategik UniSZA.

 

 

WhatsApp Image 2022 10 11 at 3.29.16 PM 1

DSC 5306 min 2

LAWATAN KERJASAMA SERENE GROUP OF COMPANIES

Satu lawatan kerjasama telah diadakan pada 26 Julai 2022 di antara UniSZA dan Serene Group of Companies. Pihak UniSZA diwakili Naib Canselor Prof. Dr. Fadzli Adam serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak. Manakala pihak Serene diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Serene Dr. Shaamiel Davids serta Pegawai Kanan En. Shamsul Fizal Abd Manaf. Lawatan yang dikelola oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi bersama Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama penubuhan pusat rehabilitasi di Pantai Timur. UniSZA berhasrat menjadi hos dalam rehabilitasi ketagihan menerusi kerjasama ini di zon Pantai Timur. Perbincangan kerjasama ini akan diteruskan dengan perincian dari aspek lokasi, fasiliti, tenaga kerja dan lain-lain diikuti Memorandum Persefahaman antara UniSZA dan Serene Group of Companies.

WhatsApp Image 2022 10 11 at 3.07.09 PM 1

WhatsApp Image 2022 10 11 at 3.07.11 PM

WhatsApp Image 2022 10 11 at 3.07.12 PM 1

Hubungi Kami

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8489
  ptncpi@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Lokasi

FB UniSZA