LAWATAN PENANDA ARAS PENYELIDIKAN DARI UiTM SHAH ALAM
Pada 30 Ogos 2022 Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi ) telah menerima lawatan penanda aras penyelidikan daripada UiTM Shah Alam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 5 Canselori UniSZA Kampus Gong Badak. Lawatan selama setengah hari tersebut melibatkan kehadiran 11 orang delegasi dari UiTM yang terdiri daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman serta Prof Dr Mohamad Hariri Abdullah - Timbalan Naib Canselor ICAN serta staf bagi kedua-dua jabatan. Selain itu, wakil UiTM cawangan Dungun turut bersama-sama dalam lawatan tersebut.
Meraikan delegasi UiTM, Prof TS. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) bersama Pusat Tanggungjawab di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah membuat sesi pembentangan berkaitan penyelidikan di UniSZA. Sesi perkongsian pembentangan diantara kedua-dua pihak telah membuka ruang dan peluang untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim kepada kedua-dua buah universiti.
Mengakhiri sesi lawatan tersebut, delegasi UiTM telah dibawa ke Hospital Pengajar UniSZA untuk melihat pembangunan hospital universiti.